Sunday, August 28, 2011

raya raya raya

syukur alhamdullilah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri pada tahun ini (2011). kegembiraan berganda dengan merayakannya bersama family dan ahli baru. NUR ADRIANA SYI'FA, ahli baru yang akan menyerikan lagi hari raya pada tahun ini. kepulangan si sulung VIVIAN ALIH ASAKIL menambahkan lagi seri suasana. alhamdullilah syukur. walaupun tidak mempunyai harta benda yang melimpah ruah, namun kami kaya dengan sanak saudara. biarpun family tidak ramai, tetapi kami ramai dengan anak anak kecil. gelagat si comel akan meriuhkan rumah dan kampung. betapa bersyukurnya pada aidil fitri tahun ini. mudah mudahan akan berkekalan sehingga nya. tahun ini juga adalah tahun ke 2 menyambut bersama Ejoe. keriangan di kongsi bersama. diharap semua itu berkekalan atas kehendaknya. namun hakikatnya aku masih lagi berada di Kota Kinabalu pada sehari sebelum aidil fitri. perasaan hendak balik ke kampung melonjak lonjak, seperti si comel mendapat gula gula. namun ada yang berduka kerana tidak dapat balik menyambut aidil fitri bersama keluarga pada masanya. itu lah hakikat hidup di parantauan.....

Thursday, August 18, 2011

kenangan

setiap insan ada kenanganya yang tersendiri. orang kata kenangan menggamit memori. betul jugak lah. tiap kenangan ada yang manis, pahit, masam, dan macam-macam lagi. bagi aku, kenangan itu terlalu indah untuk di ingat kembali. teringat saat bersama rakan "scout" berkhemah. saat itu terlalu indah untuk digambarkan melalui kata-kata. hanya kita yang mengalaminya yang tahu akan perasaan itu. di tambah lagi kenangan PLKN di Kem KK Di Bawah Bayu Tuaran Sabah menambah seribu satu perasaan yang indah. meski ada duka, tangis dan tawa, namun semua itu rempah hidup sendirian. bila di ingat kembali tiap satu kenangan itu, senyum sendiri pun boleh jadi. hehe. tapi itu lah, kenangan itu tidak dapat digambarkan. perasaan itu hanya kita yang tahu. sedih pabila menggenangkan kenangan itu. bagi sesetengah insan kenangan itu indah...