Sunday, August 28, 2011

raya raya raya

syukur alhamdullilah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri pada tahun ini (2011). kegembiraan berganda dengan merayakannya bersama family dan ahli baru. NUR ADRIANA SYI'FA, ahli baru yang akan menyerikan lagi hari raya pada tahun ini. kepulangan si sulung VIVIAN ALIH ASAKIL menambahkan lagi seri suasana. alhamdullilah syukur. walaupun tidak mempunyai harta benda yang melimpah ruah, namun kami kaya dengan sanak saudara. biarpun family tidak ramai, tetapi kami ramai dengan anak anak kecil. gelagat si comel akan meriuhkan rumah dan kampung. betapa bersyukurnya pada aidil fitri tahun ini. mudah mudahan akan berkekalan sehingga nya. tahun ini juga adalah tahun ke 2 menyambut bersama Ejoe. keriangan di kongsi bersama. diharap semua itu berkekalan atas kehendaknya. namun hakikatnya aku masih lagi berada di Kota Kinabalu pada sehari sebelum aidil fitri. perasaan hendak balik ke kampung melonjak lonjak, seperti si comel mendapat gula gula. namun ada yang berduka kerana tidak dapat balik menyambut aidil fitri bersama keluarga pada masanya. itu lah hakikat hidup di parantauan.....

No comments:

Post a Comment